Hari pertama kerja untuk minggu nih. Penat tapi ada macam2 hal yang berlaku hari ni. Hari ni saya gembira sebab anak2 murid saya dah ada improvement. Sangat suka hati okeh...hehehe. Deme happy,saya pun happy. Deme happy sbb dapat main playdoh & wat huruf untuk bina perkataan. Saya happy sebab deme dah bleh buat tanpa bantuan. Sangat HAPPY ok. Mungkin ada yang tak paham tapi bagi saya perkara ni adalah sesuatu yang amat menyentuh hati kerana usaha saya untuk mendidik budak2 tahun 1 ni menunjukkan hasil. Bukan sesuatu yang mudah nak bersabar..memahami...melayani...meletakkan diri kita di kasut mereka ini. Salah caturan boleh membawa keburukkan. Kalau betul percaturannya..InsyaAllah budak2 ni boleh berjaya. Isk...happy la..!!Ni saya share pic2 budak comey ituh..hehehe
Ermm..tadi jugak masa kerja secara tak sengaja saya menyaksikan provocation seseorg pada seseorg. Entah kenapa saya berminat nak tahu. eh!eh! sibuk je yer...hehe. Tak delah nak menyibuk sangat tapi saja nak tahu. Bila dah tahu saya ada pendapat saya sendiri la ttg perkara tersebut. Lepas tgk dan paham perkara yang berlaku. Saya duk sembang dgn sorg rakan setugas. Perbincangan ilmiah ni tau. Rakan saya kata kenapa kita selalu berpandangan sinis pada seseorg? Dia bagi contoh bila kita tgk org tak pakai tudung. dalam hati kita mesti ada something kan? Saya x kata org lain tapi saya pun kdg2 mcm tuh. Manusia kan..ermm. Rakan saya kata,"apa yang kita buat untuk menarik org tuh supaya pakai tudung?". Kebanyakkan org mesti akan x banyak sikit mengata baik secara sedar atau pun terdetik dalam hati kan? Kenapa kita tak berkawan dengan dia dan berusaha secara perlahan untuk menarik dia supaya memakai tudung? Bukankah ini lebih baik dari bersikap prejudis x tentu pasal? Bila dengar dia cakap tuh rasa macam kelepap terus kena atas batang hidung saya ni. Saya x nafikan..saya pun ada bersikap mcm tuh. Rakan saya kata perkara biasa ni semua tapi bila kita cuba bersangka baik pd org maka perkara biasa yang sering berlaku nih boleh dielakkan.
Rakan saya ada bagi satu hadis td tapi saya xdapat tangkap yang dia baca cuma boleh paham sket la maksud dia. Nanti saya tanya dia balik la. Takut kalau salah kang lain pulak maksudnya. Nak berkongsi biar perkara yang betul kan? Dari apa yang kami sembangkan tadi,banyak perkara yang menjentik hati dan perasaan saya. Kena selalu bersangka baik pada orang...kena hormati pendirian orang...kena paham betul2 apa sahaja yang kita baca. Satu yang dia pesan..bila kita baca Al-Quran,kita kena cuba paham apa yang disampaikan. Dalam Quran apa mcm2 panduan hidup yang boleh bantu kita. Saya sedar perkara ni tapi selalunya perkara yang kita sedar tulah yang sering kita abaikan,betul tak? saya x kata orang tapi saya kata diri saya sendiri tau.
Kesimpulannya,berusahalah menjadi manusia yang lebih baik. Kita lahir kat dunia nih putih bersih tapi kenapa kita selalu nak palitkan kehitaman ditubuh kita sendiri? Wallahualam....
Sharing is caring :)





betul2.setuju tu.manusia kan.kdg2 terlepas pandang.
ReplyDelete