~DUNIA YULL~

Saturday, April 23, 2011

Melepaskan apa yang berbuku dihati

Salam semua..

Tajuk ari ni agak berat sket. Memang saya nak lepaskan apa yang berbuku di dalam hati nih. Saya nak lepaskan apa yang saya rasa selama ni. Bukan mencari silap atau menunding jari pada sesiapa kerana sudah tentu ada salah silap dalam diri saya juga.


Saya x pasti kenapa tapi sejak dua menjak nih saya menyimpan rasa x puas hati dalam diri sendiri. Saya sebenarnyer keliru apa erti bersahabat sebenarnyer? adakah cukup dengan mengiyakan perkara salah yang dilakukan oleh sahabat kita? itukah yang di panggil bersahabat? Pada saya semua ini salah

Pada saya bersahabat itu adalah bila kita menegur perkara yang salah dilakukan oleh sahabat kita. Berada disisi sambil mendengar keluhan dirinya. Sentiasa memberi semangat disaat dia memerlukannya. Ada tak kita buat semua tu? Diri saya sendiri kadangkala lupa erti sebenar bersahabat. Selalunya saya mengiyakan perkara tidak betul yang dilakukan oleh sahabat2 saya. Saat ini saya rasa saya perlu betulkan balik persepsi sahabat yang saya pegang selama ini. Sampai rasa sudah tiba masa saya menyedarkan mereka yang belum sedar itu.Cukup cukuplah...


Bersahabatlah dengan saya demi kerana redha Allah. Jauhkanlah diri dari saya andai ada niat disebaliknya. Kerna saya bukan malaikat...kerna saya xkan pernah bisa melupakan penghinaan dan tikam belakang yang dilakukan terhadap saya. Dan pada sahabat2 saya...seandainya saya pernah menegur,itu tandanya saya sayang kamu. Dan andainya kamu pernah menegur,saya paham bahawasanya kamu juga sayang pada saya. Moga ukhwah fillah ini mendapat redhaNya.


Allah swt memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah s.a.w dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah s.a.w menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya:

HENDAKLAH BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BERTAQWA DAN BERIMAN
Sabda Baginda bermaksud:” Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).

HINDARI DARIPADA BERKAWAN DENGAN YANG BURUK PERANGAI DAN AKHLAKNYA
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:”Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan kenali sepertinya:”Sabda Baginda lagi:”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

MENEGUR KESILAPAN KAWAN DI ATAS PERKARA YANG BENAR
Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

MEMBANTU KAWAN KETIKA KESEMPITAN
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2 comments:

komen??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...