~DUNIA YULL~

Saturday, September 24, 2011

~KaGuM~


Tiba2 rasa kagum pd mereka2 yg dh menempuh pelbagai pahit manis hidup tapi masih mampu berdiri dgn megah hari ini.

Post ini khas utk mak n abah..

Duduk kat rumah,sambil rehatkn badan yg batu je nk pulih buat akak ada bnyk masa nk imbas kenangan dulu2.

Akak tetiba teringat zaman kecik2 dulu. Zaman2 susah dulu. Teringat mak jual kelapa parut kat umah dan cili boh utk bntu abah utk sara hidup kami semua. Masih terbayang2 dalam kepala masa mak kira duit syiling yang ada utk beli apa yg dia nak. Mak xpernah mintak apa2 kat abah..mak kalau nak apa2 mesti mak usahakan sendiri.

Ada satu kejadian bila jari mak kena sagat ngan mesin kelapa. Sedih sgt masa tuh bila tgk jari mak berdarah. Tapi mak x pernah merungut. Mak sentiasa redha. Akak yg masih kecik masa tuh nangis bila tgk jari mak. Sesungguhnya bukN sng nak cari rezeki.

Abah pulak pernah di kutuk org sbb sentiasa pakai seluar uniform keje dia je kemana2 dia pegi. Abah selalu cakap, wat pe seluar bnyak2..aku bkn pegi mana pun. Tapi akak tau,abah sebnarnya berjimat utk kami anak beranak. Abah xnk bazir duit beli seluar utk diri sendiri demi utk kami anak2 dia 6 org ni.

Banyak perit jetih yg mak n abah lalui..tp diorg tetap tabah. Senyum je..xpernah mengeluh. Akak kagum sgt dgn diorg. Akak syg diorg sgt2. Akak akan cuba tunaikn apa sahaja yg diorg inginkn. Walau akak jauh tp InsyaAllah mak n abah sentiasa dalam hati. Pengorbanan diorg selama ni tak terbalas rasanya.

Moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik,ketenangan dan kebahagian yang berterusan pada mak n abah..aminn

Sesungguhnya akak sayang kamu sgt!!!!

Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...