~DUNIA YULL~

Saturday, August 18, 2012

My dearest abah~

Salam semua..

This post is  dedicated to my abah.

Abah,
Di mata akak..
Seorang yang garang,
Seorang yang tegas,
Seorang yang bengis..
Tapi...
Itu dulu.
Dikala akak masih mentah..
Dikala akak masih tidak mengenal erti hidup.



Abah,
Kini dimata akak..
Dalam garang ada sebab.
Dalam tegas ada kasih.
Dalam bengis ada sayang.
Setiap satu ada harapan..
Melihat akak jadi manusia berguna,
Melihat akak jadi manusia bertanggungjawab.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~^_^~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akak masih ingat kenangan masa kecil dulu.
Tertidur depan tv, abah angkat,peluk dan cium.
Kalau merajuk, abah pujuk :)
Kalau nak sesuatu abah usahakan cari.
Kalau sakit abah jaga dan bagi makan ubat.
Masa mula-mula masuk darjah satu, abah hantar dan teman.
Masa tu ingat lagi abah bawak naik vespa.
Akak suka berdiri kat depan. Eksyen je masa tuh.hehehe..



Abah pentingkan pelajaran anak-anak abah.
Bagi abah,tanpa pelajaran kita takkan kemana.
Abah nak semua anak-anak dia berjaya.
Akak paling takut kalau abah ajar masa buat homework.
Abah garang sangat. Sampai menangis akak dibuatnya.
Alang pun kena sebab tak ajar adik dia yang sorang ni matematik..hahaha..
Kalau time dapat report card masa sekolah rendah dulu, akak suka.
Sebab??
Masa sekolah rendah dulu macam pandai sikit la.
Asyik dapat nombor dua je masa exam.
Tapi.....time sekolah menengah takutnye lahai...
Sebab time sekolah menengah akak tak berapa nak pandai..hehehe
Asyik dapat nombor berbelas-belas.
Akak ingat masa nak SPM..
Abah marah sangat sebab akak failed banyak subjek.
Abah cakap " kenapa failed banyak sangat ni? Baik cakap. Nanti cikgu tanya senang abah nak jawap."
Abah tak tengking atau tinggi suara, tapi kita akan tau dia marah walaupun dia cakap selambe je.
Masa tuh akak tak keluar bilik satu hari. Merajuk dengan abah...hahaha..




Sekarang ni bila dah duk bersuami..duk jauh dari family. Kenangan tu selalu je bermain dalam fikiran. Selalu je fikir..kalau abah tak buat macam tuh, aku tak sampai tahap ni. Macam yang akak cakap,bila dah sampai satu fasa kita akan mula menerima apa yang berlaku dulu. Dan untuk semua yang akak lalui dlam kehidupan akak ni,akak tahu...abah adalah orang yang sentiasa berada disisi akak. Melindungi akak walau di mana akak berada.




18 Ogos 2012
Hari ulang tahun kelahiran abah yang ke 60.
Semoga abah selalu dalam rahmat Allah..
Sihat dan ceria selalu.
Akak sayang abah selamanya.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...