~DUNIA YULL~

Monday, July 16, 2012

hari yang sayu..

...terbau haruman bahulu..hati sayu...
...dgr lagu dlm kereta...hati sayu..
...air mata tetiba mengalir..
...rindunya...rindu sgt2....
...terbayang menolong nenek bakar baulu..
...trbayang tgk nenek masak kat dapur..
...trbayang urut kaki nenek..


dah setahun setgh nenek pergi..
hati ni masih lagi rindu...
andai waktu boleh diulang semula..
pasti akak habiskn masa yg ada bersama nenek.
kenangan yg ada kuat sgt bertandang harini..
terbayang2 wajah nenek..
betul org kata, bila dh tiada tulah dtg pelbagai penyesalan..
moga akak x trgolong dlm golongan itu.


Al Fatihah utk arwah nenek piyah
Al Fatihah utk arwah atok man
Al Fatihah utk arwah nek awa
Al Fatihah utk arwah abg
Al Fatihah utk arwah mak teh
dan untuk saudara mara yg telah pergi meninggalkan kita.
Moga kita bertemu disana suatu hari nanti..

Wednesday, June 20, 2012

sweet memories~

...dlm perjalanan pulang dari bndar

Melayan lagu2 jiwang kat THR GEGAR , dua individu tiba2 mengimbas kembali memori cinta. Tertawa, senyum..jeling2. setiap detik dr mula perkenalan sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah, Allah temukan mereka. Disebalik cerita luka di awal garisan dan sehingga kini masih menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran,mereka masih setia bersama. Moga ke akhir hayat hendaknya...aaminnn..

Tuesday, June 12, 2012

owh tukang masak master :)

Salam semua, akak tgh tgk tukang masak master ni..heu..heu..heu... Masterchef la. Kelakar la plak nengok an gelagat masing2. Memulanya akak x minat sgt la nak tengok. Ntah camno time cuti ari tu akak keboringan. Tu yang jd tertengok tuh...hehehe. Lawak tul nengok azwan ali. Ske tgk gelagat dia. Faruk plak sgt sempoi...senyum je. Fazli pun tenang je. Hahaha..apo lah akak ni. Tetiba jadi tukang komen. Bukan apa, akak tetiba rasa seronok. Nengok org kawal diri dlm keadaan stress,kelam kelibut. Kalau akak rasanya dh lari dah..hehehe... Eh,dh start balik..nnti akak sambung komen yer..heu..heu..heu.. :)

Monday, June 11, 2012

haa?!! sehengget setgh je? biar betik!!!

mcm x caya je bila tgk..hui..hui..hui.. Dasat! Dasat! Selama ni idak le pernoh jadi ropa ini. Ini yang akak kepelikkan sket ni. Sket je la...cek punya cek,punya cek... Takde pun apa2 yang mencurigakan. En.somi pun kepelikan. Tapi, dlm masa yang sama bersyukur gak..kui..kui..kui..


Apolah yang akak merepek ni kan? Hehehe.. Bil air umah akak sehengget setgh je...hehe.. Caya x? Betul!! Bnyk tu je akak kena bayar. Haaa!! Tu mesti nak kata akak x mandi..kan? Kan? Akak mandi hokey! Siap mandi cik utih n pak itam lagi. Tu blom masuk cuci bilik air. Agak moshkel di situ. Tapi bersyukur gak. Bulan dopan yolah bayar bil air ni... Betik sungguh kan?? Jgn jelesssss....larikkkkk...miahahaha

Sunday, April 29, 2012

Melangkah selagi boleh....

Salam semua, Agak lama akak menyepikan diri.. Bukan merajuk,cuma belum ada upaya menguruskn jadual diri dgn baik. Banyak sgt urusan kerja yg perlu disettlekan.. Hari ni baru ada masa nak update blog. Orang selalu tanya nape akak busy..? Bukan perdana menteri pun.. Entahlah ek...lain org lain cara.. Akak mengajar 4 kelas Darjah 2,3,4 & 6 Darjah 2,10 masa... 1 masa = 30 minit... Darjah 3 , 8 masa... Darjah 4 , 7 masa.. Darjah 6 , 7 masa.. So dlm seminggu akak ada 32 waktu.. Satu hari 7 @ 6 waktu.. Itu belum masuk relief ganti sesiapa yg takde.. Kelas yang akak ajar semuanya kelas depan sekali.. Semuanya menuntut hak yang sama. Tahun ni plak akak ngajar drjh 6.. Kelas upsr.. Mcm2 nk kena handle. Nk jaga prestasi, Semuanya atas bahu ni.. Sabtu ahad kelas tambahan lg.. Tu x masuk lg mcm2 program nk kena wat.. Melatih budak bagai2.. Online system lg... Kerja last minit yg pas kat akak.. Mcm2!! I need a break!! Masa utk diri sendiri pun xde, Ni kan pulak nak sediakn masa utk org. Nk pegi bercuti sana sini mmg xde la.. Bukan nk mengeluh.. Cuma akak nk "org2 kat luar sana" tu paham... Jg kata2 n percakapan tu.. Jgn mudah sgt kata mcm2 kat akak. Korg diri tmpt akak dulu baru korang wat kesimpulan. Kalau korang x diri tempat akak,jgn sesekali wat kesimpulan. Kelak menambah luka yg sedia ada. Moga Allah beri akak kekuatan nk menghadap semua ni.. Akak akan terus melangkah selagi boleh...

Sunday, March 25, 2012

super duper B to the Z

Akak bz yg amat. Final is coming, kelas tambahan lagi, school lagi. Semua benda menuntut hak yang sama. Rasa nak nangis dah ni...huhuhu...

bila la dapat balik jumpa mak abah, adik bradik n anak2 buah ni? Mak!!! Akak stress ni...ni kalau tepon mak sure nangis ni. Adeh la. Ni la di antara masanya yg akak \'down\' sgt.

Ni yang rasa nak jadi surirumah fulltime ni. Tapi kalau resign ada ke org nk bg gaji mcm skang ni. Isk...isk....blur...blur... Apa nk buat,selagi lom tutup mata,keje! Keje! Keje! Jgn sampai mak abah,adik bradik n anak buah dh x ingat muka akak sudah!!

P/s: post merepek dikala kestressan melanda

Saturday, March 10, 2012

Usrah ~ Hadis 19


"Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan"

 Akak nak share apa yg akak dapat time usrah semalam.Semalam akak telah mendengar tafsiran hadis yang ke 19 dari hadis 40. Topik ni sangat menyentuh jiwa. Bila mendengar tafsiran hadis 19 ni, akak rasa betapa kecilnya diri ini. Terlalu banyak yang Allah beri pada kita tanpa kita sedar. Dalam hasi ni ada menyebut, peliharalah Allah, maka Allah akan memeliharamu. Jika kita renung balik...macam mana kita nak pelihara Allah? Macam mana Allah pelihara kita?


Kita pelihara Allah dengan memunaikan tanggungjawab kita padaNya. Jaga solat..solat di awal waktu. Bukan Jama' ZOSAR...abes bagi salam solat zuhur,azan asar pun bergema..itu x betul. Kita kena jaga solat kita. Solat di awal waktu. Cuba fikir..kita solat lewat, tapi kita mohon Allah percepatkan makbulkan doa kita. Adil x tu? Sama-samalah kita fikirkan. Itu baru solat...belum lagi yang lain. Bila akak renung balik, kesilapan ni selalu akak buat. Terlalu mementingkan dunia sehingga bertangguh mengadap Allah. Leka dengan keje..leka dengan belajar.. Astagfirullahhalazim..akak lalai... mmg patutlah akak terima dugaan dariNya. Cara 'indirect' yang Allah bagi supaya akak ingat balik tanggungjawab akak padanya. Betapa sibuk pun kita mengejar duniawi..jangan sesekali kita lebihkannya daripada tanggungjawab kita pada yang maha esa.


Semalam masa usrah, tak semena-mena akak mengalirkan air mata. Tak tahu kenapa..sebak bila mengenangkan kesilapan demi kesilapan yang akak lakukan selama ini. Betapa Allah masih memelihara akak...memberikan peringatan supaya akak tidak terus tersasar. ALLAHHUAKHBAR!! hina rasa diri ni. Allah bagi akak petunjuk untuk ikut sama mendengar usrah ni..Allah tegur akak secara indirect lagi. terima kasih Ya Allah kerana masih ada kesian belas Mu padaku..


Akak harap dengan apa yang akak kongsikan ini kita akan sama-sama dapat memperbaiki diri. Mungkin bukan secara drastik tapi kita cuba menjadi umat yang baik...InsyaAllah..wallahualam.


p/s :
Malaikat maut menjenguk kita 70 kali sehari...dimana??apa yang kita lakukan disaat dia dtg  menjenguk..?? sama-sama kita fikirkan..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...