~DUNIA YULL~

Saturday, March 10, 2012

Usrah ~ Hadis 19


"Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan"

 Akak nak share apa yg akak dapat time usrah semalam.Semalam akak telah mendengar tafsiran hadis yang ke 19 dari hadis 40. Topik ni sangat menyentuh jiwa. Bila mendengar tafsiran hadis 19 ni, akak rasa betapa kecilnya diri ini. Terlalu banyak yang Allah beri pada kita tanpa kita sedar. Dalam hasi ni ada menyebut, peliharalah Allah, maka Allah akan memeliharamu. Jika kita renung balik...macam mana kita nak pelihara Allah? Macam mana Allah pelihara kita?


Kita pelihara Allah dengan memunaikan tanggungjawab kita padaNya. Jaga solat..solat di awal waktu. Bukan Jama' ZOSAR...abes bagi salam solat zuhur,azan asar pun bergema..itu x betul. Kita kena jaga solat kita. Solat di awal waktu. Cuba fikir..kita solat lewat, tapi kita mohon Allah percepatkan makbulkan doa kita. Adil x tu? Sama-samalah kita fikirkan. Itu baru solat...belum lagi yang lain. Bila akak renung balik, kesilapan ni selalu akak buat. Terlalu mementingkan dunia sehingga bertangguh mengadap Allah. Leka dengan keje..leka dengan belajar.. Astagfirullahhalazim..akak lalai... mmg patutlah akak terima dugaan dariNya. Cara 'indirect' yang Allah bagi supaya akak ingat balik tanggungjawab akak padanya. Betapa sibuk pun kita mengejar duniawi..jangan sesekali kita lebihkannya daripada tanggungjawab kita pada yang maha esa.


Semalam masa usrah, tak semena-mena akak mengalirkan air mata. Tak tahu kenapa..sebak bila mengenangkan kesilapan demi kesilapan yang akak lakukan selama ini. Betapa Allah masih memelihara akak...memberikan peringatan supaya akak tidak terus tersasar. ALLAHHUAKHBAR!! hina rasa diri ni. Allah bagi akak petunjuk untuk ikut sama mendengar usrah ni..Allah tegur akak secara indirect lagi. terima kasih Ya Allah kerana masih ada kesian belas Mu padaku..


Akak harap dengan apa yang akak kongsikan ini kita akan sama-sama dapat memperbaiki diri. Mungkin bukan secara drastik tapi kita cuba menjadi umat yang baik...InsyaAllah..wallahualam.


p/s :
Malaikat maut menjenguk kita 70 kali sehari...dimana??apa yang kita lakukan disaat dia dtg  menjenguk..?? sama-sama kita fikirkan..









No comments:

Post a Comment

komen??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...