~DUNIA YULL~

Wednesday, May 18, 2011

Kisah Kasih Seorang Anak Murid

16 Mei 2011

Hari guru yg bermakna bg saya. Rasa happy sebab dapat bergembira bersama member2 sekepala. Macam2 aktiviti. Yang paling x sangka masing2 tunjuk bakat terpendam....hehehe


Selepas dr pagi menjalani pelbagai aktiviti. Saya pun melepakkan diri bersama2 rakan2 di bilik guru. Sembang2 sambil bergelak ketawa lagi. Entah kenapa hari guru kali nih saya rasa happy sangat. Sedang leka berborak, saya didatangi 2 org anak murid yg telah pun naik ke tingkatan satu tahun ini. Bersalaman sambil bertanya khabar. Rasa dihargai bila diingati. 


Tiba2 anak murid saya ni menghulurkan sebuah kotak yang tidak berbalut. Sambil menghulur hadiah dia berkata "teacher,ni hadiah utk teacher." Saya rasa pelik bila nmpk matanya berkaca2. Saya pun tanya,"nape nangis ni?Jangan la nangis.." Rupa-rupanya kotak itu sepatutnya berbalut cantik tetapi pembalutnya sudah terkoyak gara2 perbuatan budak nakal di sekolah menengah. Bersungguh bekas anak murid saya menitiskan air mata. Buat saya rasa sebak. Sebak kerana dia bersungguh2 nak saya gembira dengan hadiah yang disediakan utk saya. Terharu sangat atas kesungguhan dia. Yang lebih membuatkan saya terusik bila dia berkata,"hadiah tuh x seberapa teacher tapi utk teacher. " hadooooiiiiii!!!! saya x terkata lantas dia saya peluk. Sungguh saya terharu.


Sebenarnya anak murid saya ini adalah org yang pernah saya ceritakan diSINI dan juga  SINI


Hati seorang guru amat gembira sekiranya masih ada anak murid yang mengingatinya walau telah lama tidak bertemu..Anugerah ternilai buatku di hari guru.

No comments:

Post a Comment

komen??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...