Salam semua..
Dah lama saya x update blog. Saya sibuk di kala sekolah baru saje memulakan sesinya untuk 2011 ini. Biasalah, banyak perkara yang perlu diuruskan dipermulaan tahun. Kerja kan memang mcm tuh. Semua kerja sibuk,bukan cikgu je kan?
Di permulaan minggu saya agak kelam kabut nak adjust diri dengan jadual kerja. Semuanya menuntut kesabaran. Kebetulan pulak cuaca minggu nih tidak menyebelahi kami. Hujan setiap detik. Pagi rabu 5 Januari 2011..hujan lebat turun membasahi bumi. Saya mengajar seperti biasa walau pun dalam keadaan sejuk dan juga tidak berapa sihat gara2 pening kepala. Alhamdulillah sesi pagi tuh dapat saya habiskan dengan sempurna,
Bergerak balik dari sekolah jam 2.10 ptg dalam keadaan hujan lebat juga. Sampai di rumah baru perasaan ada miscall dari adik saya. Terus call & dapat tahu nenek dah tak sedarkan diri. Critical stroke. Saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya masa tuh. Menggigil..terkedu!! Saya tak mampu nak berfikir. Saya nak wat apa pun tak tahu. Call adik semula, saya dengar alunan suara mengaji dibaliknya. Ya Allah sedihnya hati...tak tertanggung rasa hati nih. Bukannya bila dengar tuh rasa nenek nak pergi tapi dalam keadaan tak tenteram itu..saya mmg dah tak mampu nak pikir lagi. Dalam otak ni cuma nak jumpa nenek n nak cium dia. Andai dia nak pergi pun biarlah ada kesempatan untuk saya jumpa untuk kali terakhir.
Alhamdulillah saya sempat jumpa nenek sebab ptg tu juga saya gerak balik ke Seremban. On d way balik terpaksa berenti kat RnR sbb hujan lebat sgt. Cuaca yang amat memahami kerisauan hati saya. Sampai di Seremban saya hanya berdiri dari jauh melihat keadaan nenek. Ramai orang kat rumah. Sedara mara datang bertandang. Adik cakap, nenek dah muntah darah banyak kali. Atuk pulak cakap pada saya 'pergilah tgk nenek.." saya tak mampu..saya tak boleh nak cakap perasaan saya. Bila sedara mara dah beransur balik, baru saya dekat dengan nenek..cium dia :( .. sedihnya masa tuh Allah je yang tahu. Bila melihat keadaan nenek yang terlantar x sedarkan diri, saya rasa menyesal duduk jauh di rantau orang. Saya x dapat jaga nenek mcm org lain :( Mujurnya cuti sekolah baru nih saya dah berulang alik menjenguk nenek. Dapat juga saya jaga dia walau sekejap. Bagi nenek minum air..mandikan dia..salin baju nenek dan sikat rambut nenek. Itu bakti terakhir saya untuk nenek tersayang.
Hari Khamis, keadaan nenek semakin membimbangkan. doc datang umah,pasang drip air. Bila tengok keadaan nenek yang makin lemah, serta merta terbayang keadaan arwah nenek sebelah abah dulu. Sama dan serupa kerana di kala arwah nenek sebelah abah sakit dulu pun begitu juga lah keadaannya. Terdetik dalam hati yang nenek akan pergi tapi saya lawan perasaan itu dan dalam masa yang sama saya cuba untuk redha dengan ketentuannya.
Ptg khamis tuh setelah berbincang, kami sekeluarga tekad wat bacaan Yasin 41 kali untuk nenek. Kami hanya nak mendoakan yang terbaik untuk nenek. Andai ada kesempatan,sihatlah hendaknya. Kalau Allah tidak mengizinkan,kami redha nenek pergi sebab dah tak mampu nak tengok keadaan nenek begitu lagi. Bacaan Yasin selesai kami jalankan jam 10.30 malam. Semuanya keletihan...diri saya yang x tido hari sebelumnya memang dah xmampu nak bertahan. Saya terlena bila letak badan atas katil. Terkejut bila adik dtg kejut cakap nenek dah takde lagi . Saya pandang jam, 1.50 pagi.... ya Allah..nenek!! terus bekejar ke depan. Nenek dah takde..saya dah takde nenek lagi. Nenek saya yang tersayang dah pergi tinggalkan kami. Sedihnya hati nih....tambah sedih bila lihat atok yang jadi x tentu hala. Atok yang sedih kehilangan isterinya... Ya Allah, kau kuatkanlah hati atok.
Saya hanya mampu urut dada atok..sabarkan atok. Rasa nak pecah dada ni tengok airmata kat pipi atok. Ya Allah. Kau kuatlah kami untuk hadapi kehilangan ini. Saya kesat air mata, saya sabarkan hati. Saya tahu saya kena kuat. Bak kata seorang teman, jangan menangis..doa dan sedekah al fatihah. Saya kuatkan hati, saya pujuk hati sendiri. Bila tengok keadaan adik yang tak boleh terima pemergian nenek, hati saya jadi lemah semula. Adik, akak tau awak kuat. Nenek tentu tak nak tengok kita sedih mcm ni. Saya peluk dan cuba tenteramkan adik. Ya Allah kuatkanlah hati kami...
Urusan pengebumian nenek berjalan lancar. Semuanya dapat diselesaikan sebelum solat jumaat. Alhamdulillah,murah rezeki nenek meninggal pada hari jumaat.Dikebumikan berdekatan kubur arwah anaknya. Hujan renyai mengiringi pemergian nenek pada hari itu.
Satu-satunya nenek yang ada telah pergi meninggalkan kami. Nenek kami sayangkan nenek. Segala pesan nenek pada Yo masa nenek terlantar sakit memang Yo akan ingat sampai bila2. Yo akan sabar nek. Selagi mampu Yo akan terus bersabar semata2 untuk nenek. Tenang dan damailah nenek di sana. Nenek tunggu Yo kat sana yer. Kita akan jumpa juga satu hari nanti.
Al Fatihah..
HAJAH SIPIYAH BT TAAP
1928-2011
7 JAN 2011/ 2 SAFAR 1432
1928-2011
7 JAN 2011/ 2 SAFAR 1432
TAKZIAH..
ReplyDeleteaku mmg takde atuk&nenek sejak kecik..
ade nenek sebelah ayah je,tu je sowang..
dah meninggal 7 thn lepas, meninggal mengejut..aku sempat tengok sebelum kebumi je..
Thanks ann..
ReplyDeletetinggal atok je skang..
Mujur juga aku sempat untuk terakhir kali jaga dia..