Salam semua..
Kenapa tajuk entry saya hari ini sangat berbeza? Ini adalah kerana saya tetiba 'tersentap' dengan seseorang. Bukan dengan kawan2 blogger yer tapi dengan 'someone' disekeliling saya. Nak saya nyatakan kat sini yang saya ni walau pun bermanis wajah sentiasa tapi dlm hati saya nih x semestinya selalu ada taman.
Apa kisahnya? Camni...ada seseorang tuh yang nak meminjam kereta suami saya. Katanya untuk mengambil anak di tempat belajarnya. Persoalannya..."kenapa kereta suami saya?". Setahu saya..masih ada lagi orang terdekat yang keretanya still available. Kenapa tidak pinjam saje kereta orang itu? adakah kerana suami saya ni seorang yang baik hati pastu sesenang je dia nak amik kesempatan? Suami saya mungkin baik hati tapi saya tidak. Tidak setelah apa yang dia lakukan. Sebab tu saya kata,dalam hati saya nih x selalunya ada taman OK?!
Allah...Allah....hati saya sedang berbolak balik. Prinsip saya..buat baik berpada-pada. Jangan buat baik sampai menyusahkan diri sendiri. Saya langsung x marah pada suami saya. Saya kenal suami saya. Sekarang hati saya memang terasa sangat 'orang itu' sdg kembali mengambil kesempatan. Kenapa yer ada orang macam ni dalam hidup saya? Moga Allah melapangkan dada saya menerima segalanya dengan redha...aminn
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada angkara kaum yang kafir.
(Surah Yunus ayat 85-86)
(Surah Yunus ayat 85-86)

sebelum ni dia buat pe?
ReplyDelete