~DUNIA YULL~

Saturday, July 24, 2010

~The Big Mouth Person~

Saya nak bercerita tentang seorang hamba Allah yang sgt suka menghina saya. Sejak saya kenal dia, telah banyak kali dia menghina saya. Saya sangat x suke....x suke...x suke....dengan kata2nya. Ada 2 story yang menyakitkan hati saya :

Peristiwa Pertama:
1. Masa tuh say memula kerja di situ. Tetiba dia dtg dan melihat foto anak2 buah saya yang saya letak di meja.Buat pengubat rindu. Dengan tidak semena-mena " Nape ko xder anak? Ko xnak anak ek? Ke ko x boleh beranak?" Apakah perasaan saya? Saya sangat2 berasa ati. Dia tidak mengenali saya lantas terlalu tega melafaskan kata2 itu. Saya tidak berminat untuk menjawab soalan dia. Saya hanya mampu berdiam diri sambil menahan sebak dalam hati. Ya Allah...sabarkanlah hati ini untuk berhadapan dengan manusia2 seperti ini.



Peristiwa Kedua:

2. Kejadian berlaku di kantin tempat kerja. Saya dtg ke kantin bersama seorang rakan yg sedang mengandung. Hanya saya yang tahu dia mengandung. Rakan saya ini telah mengambil lada api untuk di makan begitu sahaja bersama nasi. Tiba2 dia telah berkata " Ini mesti mengandung,org mengandung je yang makan lada api mentah2 mcm ni.Ko kalau nak mengandung ko makan lada api banyak Nurul.." .....Mengapakah ko wahai manusia berkata begitu pada saya?

Sesungguhnya saya sgt x paham mengapa dia begitu sekali melayan saya. Saya sangat terasa hati. Saya rasa saya tidak perlu lagi berkawan dengan dia. Terlalu banyak yang buruk dari yang baiknya. Saya sudah lama tidak menangis...kali ini dia telah berjaya membuatkan saya mengalir air mata. Saya sangat sedih n sangat terasa hati.


Saya mendoakan agar dia di beri petunjuk oleh Allah....supaya menjadi org yang lebih baik.Saya mendoakan dia yang terbaik kerana saya tahu..setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah yang telah direncanakan untuk saya mahu pun dia.

Salam Muhasabah...

1 comment:

  1. eloknya tenyeh je cili padi kt mulut dia..suka ati je..tkpe Tuhan maha kaya..arini dia buat.esok dia dapat..sabar byk2

    ReplyDelete

komen??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...