~DUNIA YULL~

Tuesday, January 18, 2011

Apa kaitan mata berkedip dgn DIRIku??!!

"Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan anda akan melihat orang yang jauh dan jika ekor mata kiri bergerak-gerak alamatnya anda akan mendapat sakit seperti demam atau penyakit-penyakit ringan"
http://harizamrry.com


Apa kaitan kenyataan kat atas dengan diri saya? Entah ek?!! Saya pun xtahu. Secara kebetulannya mata kiri saya ni berkedip seminggu lamanya sebelum nenek meninggal baru. Hari nenek meninggal terus hilang berkedip tuh. Bukanlah nak percaya sangat tapi kebetulan Allah bagi tanda pada saya begitu. Setiap kejadian tuh kan ada rahsia disebaliknya yang hanya DIA yang tahu. 



Pada diri saya selalunya begitulah. Tiap kali ada ahli keluarga yang sakit, mesti ekor mata kiri saya berkedip2. Bahasa mudahnye, mesti nak nangis. Banyak kali sangat dah jadi macam nih. Masa arwah atok n nenek sebelah abah meninggal pun macam tuh. Nenek Piah meninggal pun mcm tuh jugak. Adehh!! seriau jugak kekadang. Tapi saya percaya pada Qada' n Qadar Allah.



Kekadang tuh, kalau nak menangis pun mata nih berkedip gak. Ada la kejadian2 yang x menyenangkan hati pun, berkedip jugak. Mata saya ni sixth sense kot naa..hehehe. Ada kawan yang perasan gak, bila saya sebut mata kiri saya berkedip tuh dia plak yang terpikir ke arah negatif. 



Hari nih, mata ekor mata kanan lak duk berkedip2. Ntah apa hal la pulak..Mata kanan mesti hak yang baik kot naa..hehehe. Tanak pikir la. Nak biarkan aje..hehe. Adakah saya bakal menjadi jutawan? Miahahaha....dream on Yo...dream on... ;) Haishh..kata2 tu kan satu doa...hehehe..Satu yang saya harapkan,cukup2lah berita yang tak menggembirakan nih. Habaq mai la berita gembira satu kat cheq na...hehehe..

Monday, January 17, 2011

Sekolah ku dilanda BANJIR lagi

Salam semua
Sewaktu saya sedang sibuk di kampung halaman dgn nenek. Satu lagi peristiwa berlaku di sekolah saya. Dilanda banjir lagi..hehehe.Mencatat sejarah,xpernah dilanda banjir alih2 tahun ni kena banjir. Malas citer banyak. Tgk la pic2 ni semua. Credit to Abe Munif. Kengkawan cakap masuk buletin utama TV3 6 Jan 2011 ari tuh..hahaha..glameres tau.. SK PELABUHAN Kuantan dilanda banjir.. ;)




 dewan terbuka dah dinaiki air..




 di awal pagi..hujan lebat yang mencurah2..




 padang sekolah menengah yang dah macam laut..haru!!




 Kami seronok bermain air..hehehe




 kawasan luar pagar sekolah yang x rata..air tinggi jugak..




 Dataran perhimpunan pun sama..isk..isk..rugi woo..




 seronok ngat!!




 tolong menolong namanya..hehe




 bebudak brgerak balik jam 11 pagi..




 4 wheels je yang bley masuk..




 gb wat titi kat kantin..hehee




 Tandas pun out..




 Beli makanan kat kantin sambil berkaki ayam ..hehehe..




 merasa naik hilux..hehe




 takat betis gak airnyer..




 tempat yang ramai org tuh x rata.Lekuk sket jd airnyer dalam gak la kat situh..huhu




 4wheels ulang alik amek bdk2..




 gerak balik sambil main air :)




 selipar ku hanyut...ohoooo





 ni best..naik lori ikan..hehehe




 suasananya..




 Kalu biar air mesti masuk ekzos..




 gerak balik..




 rombongan PPD dtg melawat..sila la..hehe




 parking jelah mana2..semuanya tenggelam dah..hehe




Air dh masuk lam kelas..hehe


note: entry backdated..hehe

Sunday, January 16, 2011

Sebak!!

Salam semua..


Pic kat atas adalah poem yang saya gunakan utk mengajar murid dalam kelas. Sebelum ni xde lah rasa pape tp sejak nenek pergi tinggalkan kami,jiwa ni sgt sensitif. Masa saya baca poem ni utk budak2, saya sgt sebak n xbleh tahan air mata ni. Sangat2 rindukan nenek. Mujurlah anak2 murid saya amat memahami keadaan diri saya yang masih belum dapat membendung emosi ini. Thanks kids!!


Kadang2 terpikir nape Allah amek org yang saya sayang? Astagfirullah..tapi itulah..saya manusia biasa.Seringkali kalah dalam menangani emosi. Kehilangan nenek betul2 buat jiwa saya lemah. Saya hanya mampu berdoa agar nenek ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 


Susah bagi saya nak guna perkataan "arwah nenek" kerana pada saya jiwa dan semangat nenek sentiasa hidup dalam diri ni. Nenek ku...semoga kau tenang disana. Kita jumpa satu hari nanti..tunggu Yo kat sana.. Al Fatihah.. 

Friday, January 14, 2011

Nenek pergi jua..

Salam semua..


Dah lama saya x update blog. Saya sibuk di kala sekolah baru saje memulakan sesinya untuk 2011 ini. Biasalah, banyak perkara yang perlu diuruskan dipermulaan tahun. Kerja kan memang mcm tuh. Semua kerja sibuk,bukan cikgu je kan?



Di permulaan minggu saya agak kelam kabut nak adjust diri dengan jadual kerja. Semuanya menuntut kesabaran. Kebetulan pulak cuaca minggu nih tidak menyebelahi kami. Hujan setiap detik. Pagi rabu 5 Januari 2011..hujan lebat turun membasahi bumi. Saya mengajar seperti biasa walau pun dalam keadaan sejuk dan juga tidak berapa sihat gara2 pening kepala. Alhamdulillah sesi pagi tuh dapat saya habiskan dengan sempurna, 




Bergerak balik dari sekolah jam 2.10 ptg dalam keadaan hujan lebat juga. Sampai di rumah baru perasaan ada miscall dari adik saya. Terus call & dapat tahu nenek dah tak sedarkan diri. Critical stroke. Saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya masa tuh. Menggigil..terkedu!! Saya tak mampu nak berfikir. Saya nak wat apa pun tak tahu. Call adik semula, saya dengar alunan suara mengaji dibaliknya. Ya Allah sedihnya hati...tak tertanggung rasa hati nih. Bukannya bila dengar tuh rasa nenek nak pergi tapi dalam keadaan tak tenteram itu..saya mmg dah tak mampu nak pikir lagi. Dalam otak ni cuma nak jumpa nenek n nak cium dia. Andai dia nak pergi pun biarlah ada kesempatan untuk saya jumpa untuk kali terakhir. 




Alhamdulillah saya sempat jumpa nenek sebab ptg tu juga saya gerak balik ke Seremban. On d way balik terpaksa berenti kat RnR sbb hujan lebat sgt. Cuaca yang amat memahami kerisauan hati saya. Sampai di Seremban saya hanya berdiri dari jauh melihat keadaan nenek. Ramai orang kat rumah. Sedara mara datang bertandang. Adik cakap, nenek dah muntah darah banyak kali. Atuk pulak cakap pada saya 'pergilah tgk nenek.." saya tak mampu..saya tak boleh nak cakap perasaan saya. Bila sedara mara dah beransur balik, baru saya dekat dengan nenek..cium dia :( .. sedihnya masa tuh Allah je yang tahu. Bila melihat keadaan nenek yang terlantar x sedarkan diri, saya rasa menyesal duduk jauh di rantau orang. Saya x dapat jaga nenek mcm org lain :(  Mujurnya cuti sekolah baru nih saya dah berulang alik menjenguk nenek. Dapat juga saya jaga dia walau sekejap. Bagi nenek minum air..mandikan dia..salin baju nenek dan sikat rambut nenek. Itu bakti terakhir saya untuk nenek tersayang.




Hari Khamis, keadaan nenek semakin membimbangkan. doc datang umah,pasang drip air. Bila tengok keadaan nenek yang makin lemah, serta merta terbayang keadaan arwah nenek sebelah abah dulu. Sama dan serupa kerana di kala arwah nenek sebelah abah sakit dulu pun begitu juga lah keadaannya. Terdetik dalam hati yang nenek akan pergi tapi saya lawan perasaan itu dan dalam masa yang sama saya cuba untuk redha dengan ketentuannya.




Ptg khamis tuh setelah berbincang, kami sekeluarga tekad wat bacaan Yasin 41 kali untuk nenek. Kami hanya nak mendoakan yang terbaik untuk nenek. Andai ada kesempatan,sihatlah hendaknya. Kalau Allah tidak mengizinkan,kami redha nenek pergi sebab dah tak mampu nak tengok keadaan nenek begitu lagi. Bacaan Yasin selesai kami jalankan jam 10.30 malam. Semuanya keletihan...diri saya yang x tido hari sebelumnya memang dah xmampu nak bertahan. Saya terlena bila letak badan atas katil. Terkejut bila adik dtg kejut cakap nenek dah takde lagi . Saya pandang jam, 1.50 pagi.... ya Allah..nenek!! terus bekejar ke depan. Nenek dah takde..saya dah takde nenek lagi. Nenek saya yang tersayang dah pergi tinggalkan kami. Sedihnya hati nih....tambah sedih bila lihat atok yang jadi x tentu hala. Atok yang sedih kehilangan isterinya... Ya Allah, kau kuatkanlah hati atok. 




Saya hanya mampu urut dada atok..sabarkan atok. Rasa nak pecah dada ni tengok airmata kat pipi atok. Ya Allah. Kau kuatlah kami untuk hadapi kehilangan ini. Saya kesat air mata, saya sabarkan hati. Saya tahu saya kena kuat. Bak kata seorang teman, jangan menangis..doa dan sedekah al fatihah. Saya kuatkan hati, saya pujuk hati sendiri. Bila tengok keadaan adik yang tak boleh terima pemergian nenek, hati saya jadi lemah semula. Adik, akak tau awak kuat. Nenek tentu tak nak tengok kita sedih mcm ni. Saya peluk dan cuba tenteramkan adik. Ya Allah kuatkanlah hati kami...




Urusan pengebumian nenek berjalan lancar. Semuanya dapat diselesaikan sebelum solat jumaat. Alhamdulillah,murah rezeki nenek meninggal pada hari jumaat.Dikebumikan berdekatan  kubur arwah anaknya. Hujan renyai mengiringi pemergian nenek pada hari itu.





Satu-satunya nenek yang ada telah pergi meninggalkan kami. Nenek kami sayangkan nenek. Segala pesan nenek pada Yo masa nenek terlantar sakit memang Yo akan ingat sampai bila2. Yo akan sabar nek. Selagi mampu Yo akan terus bersabar semata2 untuk nenek. Tenang dan damailah nenek di sana. Nenek tunggu Yo kat sana yer. Kita akan jumpa juga satu hari nanti. 



Al Fatihah..


HAJAH SIPIYAH BT TAAP
1928-2011
7 JAN 2011/ 2 SAFAR 1432

Tuesday, January 4, 2011

BANJIR!!!!

Ini adalah laluan ke sekolah yg ditenggelami air paras dada itik..hohoho..
kejadian berlaku 30/12/10 lalu..
akibat nye meeting canceled!! hahaha..


n3 x ingat nak post namanyer..miahahaha

Monday, January 3, 2011

HANTU..miahaha

abg chik: cik yo..tuh ada hantu toyol...nampak x?
cik yo: mana ada?
abg chik: jap eh..abg chik nak suluh..
cikyo: abg chik nih nak kena nih!!
abg chik : cik yo takut eh?
cik yo: yelah!
abg chik: jap eh..abg chik halau
bismillahirrahmanirrahim...yarghh!
(sambil wat tgn ala ultrman)
cik yo: huhuhu...khianat sungguh anak buah ku ini..
abg chik: wargh..wargh..wargh...smbil gelak guling2!!

Sunday, January 2, 2011

~Bila nenek jatuh sakit.~

Gambar yang dijanjikan..


nenek yang beransur pulih..doakan yer..







cucu yang sengal...trying to make nenek smile :)









mak n the adek bradeks tgh menunggu nenek...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...