~DUNIA YULL~

Sunday, January 16, 2011

Sebak!!

Salam semua..


Pic kat atas adalah poem yang saya gunakan utk mengajar murid dalam kelas. Sebelum ni xde lah rasa pape tp sejak nenek pergi tinggalkan kami,jiwa ni sgt sensitif. Masa saya baca poem ni utk budak2, saya sgt sebak n xbleh tahan air mata ni. Sangat2 rindukan nenek. Mujurlah anak2 murid saya amat memahami keadaan diri saya yang masih belum dapat membendung emosi ini. Thanks kids!!


Kadang2 terpikir nape Allah amek org yang saya sayang? Astagfirullah..tapi itulah..saya manusia biasa.Seringkali kalah dalam menangani emosi. Kehilangan nenek betul2 buat jiwa saya lemah. Saya hanya mampu berdoa agar nenek ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 


Susah bagi saya nak guna perkataan "arwah nenek" kerana pada saya jiwa dan semangat nenek sentiasa hidup dalam diri ni. Nenek ku...semoga kau tenang disana. Kita jumpa satu hari nanti..tunggu Yo kat sana.. Al Fatihah.. 

Friday, January 14, 2011

Nenek pergi jua..

Salam semua..


Dah lama saya x update blog. Saya sibuk di kala sekolah baru saje memulakan sesinya untuk 2011 ini. Biasalah, banyak perkara yang perlu diuruskan dipermulaan tahun. Kerja kan memang mcm tuh. Semua kerja sibuk,bukan cikgu je kan?



Di permulaan minggu saya agak kelam kabut nak adjust diri dengan jadual kerja. Semuanya menuntut kesabaran. Kebetulan pulak cuaca minggu nih tidak menyebelahi kami. Hujan setiap detik. Pagi rabu 5 Januari 2011..hujan lebat turun membasahi bumi. Saya mengajar seperti biasa walau pun dalam keadaan sejuk dan juga tidak berapa sihat gara2 pening kepala. Alhamdulillah sesi pagi tuh dapat saya habiskan dengan sempurna, 




Bergerak balik dari sekolah jam 2.10 ptg dalam keadaan hujan lebat juga. Sampai di rumah baru perasaan ada miscall dari adik saya. Terus call & dapat tahu nenek dah tak sedarkan diri. Critical stroke. Saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya masa tuh. Menggigil..terkedu!! Saya tak mampu nak berfikir. Saya nak wat apa pun tak tahu. Call adik semula, saya dengar alunan suara mengaji dibaliknya. Ya Allah sedihnya hati...tak tertanggung rasa hati nih. Bukannya bila dengar tuh rasa nenek nak pergi tapi dalam keadaan tak tenteram itu..saya mmg dah tak mampu nak pikir lagi. Dalam otak ni cuma nak jumpa nenek n nak cium dia. Andai dia nak pergi pun biarlah ada kesempatan untuk saya jumpa untuk kali terakhir. 




Alhamdulillah saya sempat jumpa nenek sebab ptg tu juga saya gerak balik ke Seremban. On d way balik terpaksa berenti kat RnR sbb hujan lebat sgt. Cuaca yang amat memahami kerisauan hati saya. Sampai di Seremban saya hanya berdiri dari jauh melihat keadaan nenek. Ramai orang kat rumah. Sedara mara datang bertandang. Adik cakap, nenek dah muntah darah banyak kali. Atuk pulak cakap pada saya 'pergilah tgk nenek.." saya tak mampu..saya tak boleh nak cakap perasaan saya. Bila sedara mara dah beransur balik, baru saya dekat dengan nenek..cium dia :( .. sedihnya masa tuh Allah je yang tahu. Bila melihat keadaan nenek yang terlantar x sedarkan diri, saya rasa menyesal duduk jauh di rantau orang. Saya x dapat jaga nenek mcm org lain :(  Mujurnya cuti sekolah baru nih saya dah berulang alik menjenguk nenek. Dapat juga saya jaga dia walau sekejap. Bagi nenek minum air..mandikan dia..salin baju nenek dan sikat rambut nenek. Itu bakti terakhir saya untuk nenek tersayang.




Hari Khamis, keadaan nenek semakin membimbangkan. doc datang umah,pasang drip air. Bila tengok keadaan nenek yang makin lemah, serta merta terbayang keadaan arwah nenek sebelah abah dulu. Sama dan serupa kerana di kala arwah nenek sebelah abah sakit dulu pun begitu juga lah keadaannya. Terdetik dalam hati yang nenek akan pergi tapi saya lawan perasaan itu dan dalam masa yang sama saya cuba untuk redha dengan ketentuannya.




Ptg khamis tuh setelah berbincang, kami sekeluarga tekad wat bacaan Yasin 41 kali untuk nenek. Kami hanya nak mendoakan yang terbaik untuk nenek. Andai ada kesempatan,sihatlah hendaknya. Kalau Allah tidak mengizinkan,kami redha nenek pergi sebab dah tak mampu nak tengok keadaan nenek begitu lagi. Bacaan Yasin selesai kami jalankan jam 10.30 malam. Semuanya keletihan...diri saya yang x tido hari sebelumnya memang dah xmampu nak bertahan. Saya terlena bila letak badan atas katil. Terkejut bila adik dtg kejut cakap nenek dah takde lagi . Saya pandang jam, 1.50 pagi.... ya Allah..nenek!! terus bekejar ke depan. Nenek dah takde..saya dah takde nenek lagi. Nenek saya yang tersayang dah pergi tinggalkan kami. Sedihnya hati nih....tambah sedih bila lihat atok yang jadi x tentu hala. Atok yang sedih kehilangan isterinya... Ya Allah, kau kuatkanlah hati atok. 




Saya hanya mampu urut dada atok..sabarkan atok. Rasa nak pecah dada ni tengok airmata kat pipi atok. Ya Allah. Kau kuatlah kami untuk hadapi kehilangan ini. Saya kesat air mata, saya sabarkan hati. Saya tahu saya kena kuat. Bak kata seorang teman, jangan menangis..doa dan sedekah al fatihah. Saya kuatkan hati, saya pujuk hati sendiri. Bila tengok keadaan adik yang tak boleh terima pemergian nenek, hati saya jadi lemah semula. Adik, akak tau awak kuat. Nenek tentu tak nak tengok kita sedih mcm ni. Saya peluk dan cuba tenteramkan adik. Ya Allah kuatkanlah hati kami...




Urusan pengebumian nenek berjalan lancar. Semuanya dapat diselesaikan sebelum solat jumaat. Alhamdulillah,murah rezeki nenek meninggal pada hari jumaat.Dikebumikan berdekatan  kubur arwah anaknya. Hujan renyai mengiringi pemergian nenek pada hari itu.





Satu-satunya nenek yang ada telah pergi meninggalkan kami. Nenek kami sayangkan nenek. Segala pesan nenek pada Yo masa nenek terlantar sakit memang Yo akan ingat sampai bila2. Yo akan sabar nek. Selagi mampu Yo akan terus bersabar semata2 untuk nenek. Tenang dan damailah nenek di sana. Nenek tunggu Yo kat sana yer. Kita akan jumpa juga satu hari nanti. 



Al Fatihah..


HAJAH SIPIYAH BT TAAP
1928-2011
7 JAN 2011/ 2 SAFAR 1432

Tuesday, January 4, 2011

BANJIR!!!!

Ini adalah laluan ke sekolah yg ditenggelami air paras dada itik..hohoho..
kejadian berlaku 30/12/10 lalu..
akibat nye meeting canceled!! hahaha..


n3 x ingat nak post namanyer..miahahaha

Monday, January 3, 2011

HANTU..miahaha

abg chik: cik yo..tuh ada hantu toyol...nampak x?
cik yo: mana ada?
abg chik: jap eh..abg chik nak suluh..
cikyo: abg chik nih nak kena nih!!
abg chik : cik yo takut eh?
cik yo: yelah!
abg chik: jap eh..abg chik halau
bismillahirrahmanirrahim...yarghh!
(sambil wat tgn ala ultrman)
cik yo: huhuhu...khianat sungguh anak buah ku ini..
abg chik: wargh..wargh..wargh...smbil gelak guling2!!

Sunday, January 2, 2011

~Bila nenek jatuh sakit.~

Gambar yang dijanjikan..


nenek yang beransur pulih..doakan yer..







cucu yang sengal...trying to make nenek smile :)









mak n the adek bradeks tgh menunggu nenek...


Wednesday, December 29, 2010

~Cuti yang huru hara~

Salam semua..
pejam celik...pejam celik ...xlama lagi dah nak buka sekolah. 
Rasa macam baru sekejap je cuti start..tetiba dah nak buka sekolah.
Di permulaan cuti mmg keadaan agak membosankan bagi saya.
Xder aktiviti nak buat.
Hari2 makan, tido, FB...rewind balik...
itu jelah keje sepanjang hari.. :)




X lama lepas tuh bz plak ngan exam.
tunggang langgang baca buku sampai tertonggeng..hehehe
Punya la stress ngan subjek semester nih.
Sebenarnya bleh je study awal..tp ntah la ek.
Jenis study last minit..salah sendirikan.




Sedang bz ngan exam, dikejutkan dgn berita nenek yg sakit..
masuk spital tetiba.
Gabra..susah hati..sedih..
semuanya bercampur gaul.
Ntah camne bleh nekad balik semban..
Rasa risaukan nenek tuh buatkn hati ni kuat nak balik
waima sekejap..
balik pg rabu, pagi kamis gerak balik kontan.
penat mmg penat tp puas hati bila dpt tgk sendiri keadaan nenek.
hari jumaat lak exam lg.
entah apa yg dibaca pun xtau..
time jawap nih memang tawakal je.



Sekali lagi dikejutkan dengan keadaan nenek yg teruk sewaktu sy sdg bz study..
Rasa nak pecah dada nih menahan perasaan
kuatkan hati..
harung jugak exam..
Alhamdulillah berjaya harung..
Time nak balik baru sedar kereta lak perlu diservis.
tangguh sehari balik semban.
huhuhu...


Hari selasa baru dpt balik..
tgk nenek plak duk istigfar menahan sakit..
sedih tengok nenek tp setitik pun air mata nih x keluar..
xtahu nape tp sy redha dgn keadaan nenek.
bergilir2 dgn aunts n uncle utk jg nenek..
yg kelakar nyer bila jaga nenek bhgn mlm,
mula la perut nih lapor.
pukul 4 pagi bleh cari nasi n habiskan aiskrim sebekas..( dh tggl separuh daa...)
Tapi mlm tuh nenek tido lena sangat..
Alhamdulillah..



Abah decide masukkan nenek semula ke KPJ semban.
Rupanya nenek kena infection kat salur urine.
Patutlah perut nenek bengkak semacam.
Alhamdulillah nenek bleh tdo lena bila dh duk spital..
Hari nih x sempat lagi tanya kabar nenek.
Jap lagi lah call..
Moga nenek cepat sembuh..
cepat sihat..nnti kita leh main kejar2 ek nek..hehehe




Macam tulah keadaan saya dihujung2 cuti..
penat berulang alik..
Semban -Kontan
Dh rasa mcm minah racing pun yer..hehe
demi nenek tercinta saya redah je lah..



Tolak hari nih tinggal 4 hari je lagi sekolah nak buka.
Semoga tahun baru yang mendatang ini membawa seribu rahmat, kebaikan, kegembiraan utk kita semua.
Tahun baru dengan azam untuk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab, berdedikasi dalam menjalankan tugas..InsyaAllah..



Cuti hujung tahun 2010 yang huru hara telah dapat ku harungi dengan jayanya...YEAY!!!

Monday, December 27, 2010

Kerana Aku Wanita

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam


peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku


peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu


kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku


saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka


maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya



Copied from  I Love Islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...